Monday, June 29, 2009

jOm kEnaL guYzzz..

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk-anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Menggerakkan tangan dan badan
Lelaki ini memberangsangkan, bertanggung jawab dan mempunyai rasa cinta yang mendalam. Lelaki ini beranggapan kata-kata tidak cukup untuk membuktikan kesucian cinta, oleh itu pergerakan adalah sebagai bukti untuk menunjukkan kesungguhan. Dia juga seorang yang sensitif dan baik hati.

Suka berdiri
Apabila bercakap, anda duduk dan dia berdiri. Lelaki jenis ini melambangkan yang jiwanya suka menguasai dan mengongkong. Dia suka mempengaruhi orang lain untuk kepentingan dirinya dan dia juga pantang mengalah.

Memandang mata
Ini dalah sifat lelaki yang yakin dan berterus terang. Dia juga sentiasa memberi perhatian, berusaha menjaga hati semua orang, tidak kira bagaimana rapatnya hubungannya dengan orang tersebut.Sensitif pada jarakBila bercakap dengan orang lain, lelaki ini duduk atau berdiri pada jarak tertentu bergantung kepada sejauhmana kemesraannya dengan orang itu. Dia jenis lelaki yang tahu apa yang insan lain tidak suka.

Meniru gerak
Lelaki ini terpengaruh dengan rasa dan tingkah laku orang lain yang suka mempengaruhinya. Dia mudah di bawa berbincang dan suka menurut asalkan ia tidak menimbulkan masalah.


Cara-cara mengenal tingkah laku di atas adalah di antara cara untuk mengenal lelaki dan sekurang-kurangnya wanita boleh bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan ....

Saturday, June 27, 2009

misterikah kamu??

satu malam..
ade sorang sahabat datang menemui sahabat baiknya di sebuah rumah usang yang menjadi tempat persinggahan mereka pada satu masa dahulu...cerita ini bermula.....
Alkisah..sahabat tersebut telah berjalan menuju ke rumah usang itu.Dengan tidak semena-mena sahabat baiknya tiba-tiba menjerit..AAaaa..lalu dia terus mendapatkan kawannya yang juga merupakan sahabat baik sejak zaman muda-muda lagi.Namun,terdapat penemuan satu benda ajaib yang tidak disangka oleh mereka telah memeranjatkan orang yang tengah baca cerita ni..


Kebetulan gambar ni ade..
jadi mangsa adalah kamu wahai pembaca blog!!!
sume kne b0om dgn ecah...hek3
kaaAaBo0mmmm...hahaha

Friday, June 26, 2009

ecah in new sem 3..

seminggu pembelajaran di IPGMKTHO begitu memenatkan..
tambah2 skunk dah jadi PKO lak..aiiy00..huk3
tapi xkisah sebab ramai yang xbantah apa yang telah dirancang dari semester lepas.
Harap2 kawan2 serta sahabat dapat membantu sedikit sebanyak mendisiplinkan diri ecah ye!
ermm..bila bangun dari tidur rasa macam nak tidur balik(actually ari ni kan sabtu lorh)
tapi memikirkan dah pagi,elok la bangun..hehe
semalam tengok tv3 cter rush hour 2..Jackie Chan berlakon..(ecah minat aksi die)
sampai pukul 12 baru balik bilik..tibe2 roomate jengah kat bilik air..
perghh..minah ni mmg la..die ckap nk balik kampung tapi xjadi lak..ok la..xde masalah pape pon.
cuma teringat balik zaman muda2..cipta nama dalam dunia perdebatan..
kawan2 kat cni kureng pasal benda camtu..s0,ase terasing ckit sebab xde yang minat nak join..
that's why ecah try rapat dengan akak senior yang satu kepala untuk naikkan balik spirit debat.
tapi semua skunk dah bz je..hmmm..
xpela..dh nasib..
owkeyhh..sampai disini dahulu hot story ecah.tata....
wassalam..

Malunya dia...

sebab die malu lalu menguncup..
JOM KITA LIHAT!!

1.die mudah tersentuh
2.mudah menguncup dan akan terus tunduk diam
3.rangsangan nastik wat die jadi camtu..
4.berasal dari padang rumput
5.perubahan pada dirinya kerana air dalam badan x seimbang
6.die malu pada sentuhan(haptonasti)
7.die malu pada cahaya(fotonasti)
8.die mudah sensitif
9.suka bengkakkan diri bila disentuh.

itulah ciptaan tuhan yang dari sebesar kuman tumbuh menjadi sebuah pokok yang diberi nama SEMALU.

p/s:hehe..fakta kajian sains botani la nieyh..jgn mara!

Tuesday, June 2, 2009

cerita untuk sahabat sesama Islam....

Seorang lelaki berdoa kepada Tuhan agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Tuhan memberikannya kaktus dan ulat beluncas.Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: "Tuhan mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan" dan ia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,dan daripada ulat beluncas yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.Tuhan sentiasa melakukan semua perkara dengan betul ! Cara Tuhan sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Tuhan,percayalah! PastinyaTuhan sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.Tuhan tidak akan gagal memenuhi permintaan anda,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.Duri hari ini adalah bunga hari esok ! Tuhan mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.Sekiranya anda suka mesej ini,silalah hantar kepada orang lain.Semoga Tuhan merahmati anda !!!

Monday, June 1, 2009

CINTA INI MEMBUNUHKU...

Kau membuat..
ku berantakan..
kau membuat..
ku tak keruan...
kau membuat..
ku xberdaya..
kau menolak ku..acuhkan diri ku..

bagaimana..
caranya untuk..
meruntuhkan kerasnya hatimu..
ku sedari ku xsempurna..
ku xseperti apa yang kau inginkan..

*kau hancurkan aku dengan sikapmu..
xsedarkah kau telah menyakitiku..
lelah hati ini meyakinkan mu..
cinta ini membunuhku...