Tuesday, June 2, 2009

cerita untuk sahabat sesama Islam....

Seorang lelaki berdoa kepada Tuhan agar diberikan bunga dan rama-rama.Namun Tuhan memberikannya kaktus dan ulat beluncas.Lelaki ini sedih,tidak faham mengapa pemberian-Nya berbeza daripada permintaannya.Kemudian dia berfikir: "Tuhan mempunyai terlalu ramai umat untuk diuruskan" dan ia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya.Selepas satu tempoh,lelaki ini memikirkan semula pemohonan doanya yang telah lama dilupakannya.Lelaki ini terperanjat apabila melihat dari pokok kaktus yang hodoh dan berduri itu tumbuh pula bunga yang cantik,dan daripada ulat beluncas yang terselindung,telah bertukar menjadi rama-rama yang cantik.Tuhan sentiasa melakukan semua perkara dengan betul ! Cara Tuhan sentiasanya cara terbaik,walaupun kelihatan semuanya salah.Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Tuhan,percayalah! PastinyaTuhan sentiasa mengurniakan apa yang dipinta pada masa yang sesuai.Apa yang anda pinta tidak semestinya apa yang anda perlukan.Tuhan tidak akan gagal memenuhi permintaan anda,teruskan berdoa tanpa ragu dan mengeluh.Duri hari ini adalah bunga hari esok ! Tuhan mengurniakan pilihan terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya.Sekiranya anda suka mesej ini,silalah hantar kepada orang lain.Semoga Tuhan merahmati anda !!!

3 comments: