Friday, September 17, 2010

patah da sayapppp!!!!

Kehidupan masa lampau…menjadi sesuatu yang mengerikan. Siapa sangka pisang akan berbuah banyak kali dalam masa setahun…Begitu juga la hidup seorang manusia yang bergelar wanita. Ibarat kuman yang bertandang ditubuh tetapi pada fungsinya kita tidak mengetahui samada akan menyembuhkan atau akan menjadi satu penyakit yang sangat berbahaya kepada kita. Satu hari yang menggembirakan segala umat manusia..adalah saat-saat mereka dihisab dan dimasukkan ke dalam Syurga yang Abadi….

Seketika hati tersentuh menyedari dunia kini yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan manusia sendiri. Kebanyakan manusia leka dan lalai menjalani kewajipan kepada Allah(untuk orang Islam la..yg lain tuhan mereka) . Benar la kata para sahabat yang selalu mengingati diri mereka serta bermunajat kepada Allah supaya umat akhir zaman ini diberi seribu keampunan dengan penuh hidayahNya kelak.

Derita menyayangi manusia sesama mereka tidaklah sederita penyakit hati yang kabur dan sesat daari jalan Allah…keperitan, kepedihan hati manusia yang luhur lebih menyakitkan apabila pelbagai dugaan yang mencabar dari kalangan musuh ketatnya iaitu syaitan. Merungkai segala sejarah yang melibatkan syaitan membuatkan kita sendiri memikirkan kembali adakah jalan yang kita pilih ini betul2 memberi manfaat atau hanya menjadi hiasan dunia semata2? Tepuk dada tanyalah iman mu….

Semoga apa yang dilakukan oleh diri saya dan orang lain mendapat rahmat daripada Allah..cahaya keimanan dan ketelusan hati hanya Islam.amin…

1 comment: