Thursday, November 11, 2010

noveliti kehidupan...

Tergerakkah hati bila sudah jatuh berkali-kali..tapi masih mampu berfikir untuk terus hidup bersama orang disekelilingnya? Hati mana yang tidak utuh pabila semua usaha yang dilakukan hanya untuk menceriakan dan membahagiakan orang yang mengharap dan berkasih sayang dengannya? Semakin hari semakin banyak cahaya yang cuba menembusi kalbu yang sememangnya kelam dan tidak bernafas.

Kembalinya jiwa yang kosong entah tidak berdaya mengucapkan rasa..kesengsaraan dan penderitaan yang dialami tidak sehebat dengan orang yang lebih susah daripada dirinya. Tanggapan itu hanya untuk diriku dan bukan untuk sesiapa. Mengapa diri ini masih peduli dengan keadaan yang berlaku disekelilingnya? Bukankah tempat yang sepatutnya bukan di dunia yang serba serbi meriah dengan kasih sayang, kedamaian dan ketenangan semula jadi…

Tidak pernah mengharapkan pembalasan yang memberikan sinar baru pada diri. Tapi usaha untuk mencari dan memiliki masih kuat dalam diri ini. Adakah orang sepertiku tetap dicintai dan dikasihi oleh seseorang yang bernama kekasih sejati? Adakah perkahwinan yang diangan-angankan menjadi realiti? Indahnya mentari jika ia tegak berdiri memancarkan cahaya yang terang itu. Teruja jua ingin melihat dunia..Oh tuhan mengapakah aku menjadi sebegini teruk manusia? Aku telah menghembuskan nafas-nafas hitamku kepada lelaki. Sedangkan diri sendiri tiada guna untuk sesiapa.

Kecewanya ibu..kecewanya ayah jika mereka mengetahui segala perbuatanku. Aku tidak pernah menyalahkan mereka. Aku perlu faham hidup dalam keluarga yang sederhana. Makan pon kadang-kadang tidak diambil peduli. Aku tidak mampu bersuara tapi tindakanku mahu di ambil tahu. Tapi sehingga hari ini aku menjadi batu. Ak tidak mampu bersuara sedangkan diriku kini masih ada disini. Mengapa diriku tidak dipeduli untuk benda-benda yang meringan beban mereka? Adakah aku punca segala kekusutan yang ada dibenak mereka berdua? Pandanglah mata anakmu ini..aku ingin tahu kebenarannya.

Aku tidak pasti kesahihan kelahiranku. Ramai beranggapan aku bukan sedarah adik-beradikku. Benarkah hal ini? Aku masih percaya pada keluargaku. Aku tidak pernah bersangka buruk terhadap mereka. Tapi mengapa ada suara-suara sumbang yang berkata dibelakang? Adakah melahirkan seorang anak perempuan menjatuhkan segala kebaikan dan kebahagian sesebuah famili? Luluh hatiku bila teringat waktu kecil..mak utamakan anak-anak yang ingin membesar. Aku terpinga-pinga duduk bermain seorang diri tanpa teman. Bila hilang seketika mulalah memanggil aku pulang. Tempatku hanyalah bilikku.
Tempat yang aku rasakan selamat untuk aku berdiam diri.

Kewujudan diri ini macam tiada siapa tahu. Sehinggakan aku malu dengan diri ini kerana tidak perkenalkan diri dengan orang lain. Semua yang aku lakukan ada saja tidak kena. Aku redha dengan apa yang berlaku. Pabila meningkat dewasa aku cuba berkenal-kenalan dengan orang disekelilingku. Ternyata saat ini aku menemui kawan,sahabat dan teman. Kegembiraan seketika sehinggalah aku menaiki bas pulang ke rumah. Tiba dirumah aku masih dalam bilik kecilku. Temanku hanyalah barang-barang perkakas rumah di dalam kotak,katil,almari dan karpet yang selalu aku terduduk disitu menangis kegembiraan atau kesedihan yang amat memeritkan. Adakalanya bilikku menjadi tempat menumpang untuk berehat dan solat. Alangkah seronoknya jika ada tetamu yang hadir. Bilik kecilku itu menjadi tempat persinggahan mereka.

Zaman persekolahan yang aku impikan selalu berada disamping kawan-kawan. Keberanianku semasa kecil untuk jalan seorang diri,menaiki basikal seorang diri ke sekolah,jatuh dan bangunku semua telah aku lalui sendirian. Teringat akan luka dan kemalangan abang-abangku. Semuanya diketahui ayah dan mak. Kalau bukan mulut aku ni..abang-abangku tidak tahu yang mak dan ayah sangat sayangkan mereka walaupun nakal. Mereka jadi manusia tapi aku?

Aku sehingga kini masih tidak faham dengan ketulusan hati ayah merapati diriku. Dia selalu menemaniku untuk menghantar ke sekolah mahu pun pulang. Tapi keadaan itu membuatkan aku tertanya-tanya. Ayah sayangkan aku kerana apa? Adakah aku benar-benar anak kesayangan ayah? Aku menjadi takut kalau-kalau ayah sakit. Ayah seorang yang kuat. Ayah tahan kalau dia sakit sikit pon. Tapi hingga kini hampir sebulan lebih aku tidak menatap wajah ayah. Rindunya aku untuk memeluk ayah. Ayah..tunggu ecah balik taw!

Berita semasa dan situasi semasa yang saban hari menyamai cerita-cerita yang terpapar di media. Mungkinkah tiada lagi harapan untuk aku menyuarakan apa yang terpendam dalam hatiku? Aku tawakal dengan segala ketentuannya. Perihal teman dan sahabat aku yang silih berganti berkawan dengan seorang perempuan ini. Banyak ragam yang kurang senang aku cuba keluarkan tapi hasilnya ada juga yang menerimanya. Itulah kehidupan dunia,pendapat masing-masing hádala berlainan dan tidak sama. Aku kuat kerana itu. Aku berfikir ke arah positif. Benarkah tindakanku ini?


11 pagi-12 nov 10’

1 comment:

  1. Saya terpanggiluntuk menitipkan tulisan ini selepas membaca rintihan sdr dalam blog ini.Usah diratapi ketentuan ilahi.Setiap insan di dunia ini ada pasangannya..dekatilah Dia mohon doa banyak2 semuga ada insan bernama lelaki memngetuk pintu hati sdri..lihat burung riangria terbang berpasangan hingga menggapai awan biru...dari RACIK.

    ReplyDelete